Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Wednesday, October 19, 2016

Gelas Minuman MILO 30 sen

Sewaktu aku melawat kediaman abang omar di Rengit Johor, dia ada mengajukan satu kotak pada aku. Yang aku rasa agak menarik juga. Jenama yang tak asing dari produk tenusu Nestle, iaitu MILO. Ok jom kita lihat apa yang menarik tentang kotak ini
Di bahagian belakang kotak ini, terdapat imej tin Milo dan juga gelas kaca beserta air milo. Dari pemerhatian aku, logo Milo yang tertera pada tin tersebut, boleh lah aku katakan yang ianya dari tahun akhir 1970an sehingga awal 1980an. Maafkan jikalau aku salah!
Di bahagian sisi pula, terdapat aksi pemain bola sedang berebut menanduk sebiji bola haha dengan stail rambut ala2 tauke dalam filem Ola Bola
Di bahagian hadapan pula terdapat bahagian lompong yang menampakkan sedikit rupa bentuk gelas yang akan korang dapat kalau beli Set Milo ini. Ditambah pula dengan ayat 'Lebih 30sen saja'
Di bahagian atas pula hanya terdapat ayat yang menyatakan anda hanya perlu tambah 30sen untuk mendapatkan gelas ini dengan pembelian Milo 1.5kg Persoalannya, berapakah harga setin Milo 1.5kg pada masa itu???
"Keep It Until Hard To Find"

No comments:

Post a Comment