Wednesday, May 5, 2010
Kipas KDK
alkisahnya hari tu aku pergi la ronda2 kat area benut,pontian johor.pergi la kat kedai perabot seorang saudagar ni.nampak 1 kipas KDKtahun 80an.tapi tiada penutup depan.aku pon bertanya la mana pegi cover depan tu?dia kata dah hilang.tapi kalau nak kipas lagi lama,tahun 60an,dia ada kat rumah.katanya kipas tu adalah 1st model KDK.entah betul ke tak hehe..so aku pon naik lah van dia pergi ke rumahnya.bila sampai kat rumah,ha itulah gambar yang aku dapat di atas tu.keadaan macam sial! bak kata seorang blogger ni.dengan wayar yang di extend,bilah berkarat,cover tertanggal,berhabuk.entah berfungsi ke tak.sambil tu,aku pun meronda la sekitar rumah.nak tau gelas merdeka 1957 dia ada hampir 30 bijik! aku pon ngecek la sebiji.mampos tak jual katanya! so tak apalah..tawar punya tawar,dapatlah rm130.sebab dia pon macam dah panas tengok aku meronda kat rumah dia tanya harga barang2 lain hehe
bila smpai kat rumah,aku pon memulakan proses restoration.amik kertas pasir,gosok mana yg patut.ala kadar je.kang nampak macam baru sangat,tak antik lah pulak.so biarkan yang karat2 terlebih tu.beli spray tin,so spraylah selepas dicerai2kan partnya.aku ni bukan pandai sangat mempomen barang elektrik ni.jadi,inilah hasilnya di atas selepas proses pemejalwapan..yeke ni 1st model KDK?macam tak jekk..mandai jekk brader tu nak kencheng aku..tapi barang murah,kebash aje lerrr bak kata sudin dalam bujang lapok..dan boleh berfungsi lagi selepas di spray wd40.swivel pon cun.so memang berpuas hati lah aku hari tu
Labels:
Antik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment