Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Friday, May 14, 2010

Giant Poster Gen13

gen13 adalah sebuah komik yang ditulis oleh jim lee dan brandon choi dan di ilustrasi oleh j.scott campbell.ia diterbitkan pada tahun 1994 oleh Wildstorm di bawah label Image Comics.
ia menceritakan tentang 5 superhero iaitu:
Caitlin Fairchild

roxanne 'freefall' spaulding aka roxy

sarah 'rainmaker'

Bobby 'burnout' Lane

dan Percival Edmund 'grunge' Chang

ceritanya sama jugak macam superhero yang lain..masing2 ada power yang tersendiri..kalau nak cerita kat sini memang tak habis..so pada siapa yang kolek comic gen13 ni taulah ceritanya.di bawah ni adalah giant poster gen13 iaitu cover art interview dengan gen13 yang covernya sama macam cover magazine Rolling Stones.benda ni aku dah lama perasan tergantung kat satu kedai di pontian.termasuk barisan poster2 movie lain macam ghost rider dan spiderman.tapi dari aku sekolah lagi memang tak berkesempatan nak beli giant poster ni sebab mahal sangat! sebab ia bukan repro.memang ori daripada USA.material adalah kadbod.ceritanya begini,aku dah lama mengecek poster ni kat owner kedai ni.tapi dia kata benda ni tak jual.memang koleksi peribadi dia.dan benda ni pon diimport dari temasek.dan kalau nak carik yang baru di temasek pon dah tak ada.yang ada cuma kena order direct dari USA.so masa tahun 1995 tu aku merasa hampa sebab tak dapat nak beli poster watak kegemaran aku ni.ada lagi 1 gen13 swimsuit edition comics.itu lagi rare.so siapa ada comic tu,sila lah simpan elok2.sebab kalau jual memang ada harga.so bila owner kedai tu tak jual,aku pon pulang lah dengan hampa.bila lalu,dapat tengok aja..tinggi pulak tu dia letak.siap paku lagi! memang la nak kenas pon susah.so pada minggu lepas.aku pon saje masuk kedai ni.tengok owner tu tak ada.yang ada hanyalah pekerja dia.2 orang pompan.aku pon buat2 la tanya poster yang tergantung tu.awek tu cakap,kalau yang besar rm25,yang kecik rm15.aku pon tanya la kalau yang gen13 tu berapa?owh itu tak jual bang.itu tauke punya.dia sayang benda tu.hmm..hampa lagi..aku pon try tanya,kalau jual berapa ya? "abg nak ke?..kalau nak,rm10 amik lah.." pehhh ok setuju! dengan pantas aku hulur rm10 kat awek tu.dia siap panjat pakai kerusi dan amik hammer untuk tanggalkan paku kat poster tu.dan aku pon terus masuk dalam kereta dan start enjin vrooomm!! vroom!!masa tengah drive tu,aku cakap dalam hati,apa lah nasib awek tu esok bila tauke tu datang tengok poster kesayangan dia dah lesap hahaha..kalau dah rejeki tak kemana ye tak?
ini lah giant poster yang berjaya dikopek dari dinding hahaha compare dengan botol coke malaya

dibawah ni adalah comic art gen13

dengar cerita gen13 ada dimoviekan tapi tak meluas la kat malaya ni..sebab apa ya?

No comments:

Post a Comment