Monday, May 24, 2010
Alahai SG40..
botol ni umpama lesen untuk kolektor coke malaya.kalau tak ada botol ni,kira macam memandu di malaya tanpa lesen lah gamaknya haha..rasanya semua kolektor di malaya ni dah mempunyai botol ni cukup 1 crate atau 24 botol. hanya aku sorang je yang terlambat untuk memiliki nya..takpelah..aku pun masih muda lagi.belum sampai tahap old timer.tapi aku rasa aku berada di kalangan kolektor muda yang berjaya mendapatkan botl sg40 ni hehe..kalau dah rejeki tak kemana ya!
di JB ni tak ramai kolektor.boleh dikira dengan jari.KING COKE ali popia,zul botol larkin,abg dollah ASAP,dan aku.ali popia memang dah khatam la,tak payah nak sebut.tapi yang aktif ni lah dia 3 orang yang sedang giat memburu barang lama.kalau zul tu,jangan disebut pasal botol,memang dia lah orang nya.pantang disebut perkataan 'BOTOL'.jadi aku amat berhati2 kalau berbual dengan dia hehe..jangan tersalah sebut,memang akan diburunya.tapi aku respek zul botol ni.hampir semua koleksi dia lengkap.cayalah!
abg dollah pula pantang sebut 'ROKOK'.memang dia akan jadi tak keruan.tak tido malam! haha..macam2 ragam ya di donia koleksi ni.jadi aku pon takut nak sebut rokok depan abg dollah.aku akan gantikan dengan perkataan 'ASAP".kira macam beralas sikit la..kalau tak,ha,mampos dia akan carik barang tu sampai ke lobang cacing hehe..habis semua barang rokok aku jual kat dia.tapi dia lah rakan terbaik yang tak pernah berkira dgn aku.harap perhubungan yang ikhlas diantara aku dengan kawan2 di JB,akan kekal sampai bila2 ya..cheers!
ok berbalik pada sg40 ni,botol ni bukan aku pi beli dengan kolektor lain ya.aku memang memaksa diri supaya tak beli dengan para kolektor walaupun ada menjualnya dengan harga yang berpatutan.bukan berlagak atau sombong,tapi naluri aku berkata botol ni akan ku dapat 1 hari nanti.ada juga barang2 lain yang aku beli dengan para kolektor yang lain..tapi botol yg 1 ni memang degil hati aku tanak membeli nya.walaupun ada suara2 sinis yang mengatakan,"kat selatan tu mana nak dapat bro sg40.." dan hari ni aku buktikan di selatan masih ada botol sg40! condition nya para blogger saksikan lah dengan mata kepala sendiri,betapa cantiknya dan perfectnya cara pembuatan botol tahun 40an ini.dengan embossednya yang masih utuh,hampir tiada calar 1 pun! dan yang paling penting,botol ni aku korek di tempat asalnya sendiri iaitu temasek.dan pengeluaran asalnya memang lah tidak dapat disangkalkan iaitu temasek.
lihatlah botol sg40 ni posing haha..agaknya botol macam ni grade apa ya?
Labels:
Coke
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment