Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Monday, May 17, 2010

Sesi Carigali 3

kami meneruskan perjalanan dengan tak makan tengahari..nasib baik aku dah makan nasi ambang pagi tadi..abg dollah hanya makan nasi lemak 60sen haha..lapar pun lapar lah.selagi jackpot kami tak dapat,kami mogok lapar!
bila dah jalan tu,abg dollah pun sapu aja apa yang dia nampak..termasuk lah signbod ni


nampak pulak cendol tepi jalan,kira boleh la kami membasahkan tekak..si akak peniaga ni pon ye ye cakap ada gelas merdeka 1957.tapi bila kami suruh menjualnya,dia tetap berkeras hati tanak menjualnya,walaupun anak bujangnya suruh dia menjualnya..tapi tak apalah,dah bukan rejeki kami..apa boleh buat..tapi signbod coca cola ni memang untuk dijual..rm200 sahaja.ada yang berkenan?

perjalanan kami diteruskan sehinggalah kami singgah di sebuah kedai runcit..mula2 tak berapa mesra..tapi lama kelamaan macam nak mesra pulak bila dikluarkan pelbagai barang yang bagi kami,boleh laaaaa daripada takde..

disebabkan sebelum ni,seorang kolektor sengal pernah datang ke kedainya dan menawarkan harga tinggi,jadi harga yang ditawarkan kepada kami pun membuatkan kami berdua terduduk sekejap mendengarnya..setelah berbincang dengannya,harga pon dikurangkan..dan inilah hasilnya..
jam dunhill

poster




kalendar


dan pelbagai tin rokok dan aksesori kedai runcit

No comments:

Post a Comment