Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Friday, May 7, 2010

Tikam! Tikam!


yaaa tikam! tikam! 1,ehem ehem,3,4,5,6..teringat cerita ali bab bujang lapok si ibrahim pendek carik duit tepi lepas gaji dia kena potong..papan tikam ni dah pernah di posting oleh blogger2 sebelum ni..so far aku pernah nampak 3 design sahaja papan tikam ni. 1,gambar haiwan2 dan binatang yang macam http://mohdfitri.blogspot.com posting sebelum ni,dan lagi 1,gambar kepala red indian yang macam http://eisantique.blogspot.com posting terdahulu. jadi kali ni aku posting pattern tikam yang lain pula.gambar buah buahan dan binatang,tapi ada sorang kepala budak yang agaknya menjadi grand prize tikam ni haha camne kepala budak tu boleh berada kat tengah2 tikam tu..pelik hehe..

ni lah dia gambar budak yang hensem tu..tikam ni nak kata judi,boleh juga.nak kata bukan judi,pon ya jugak.terpulang lah pada masing2 punya pemikiran dan pegangan.tapi bagi aku,benda ni budaya orang melayu yang tak keterlaluan.hadiahnya merupakan permainan,cabut lagi skali,ataupun berbentuk wang yang tak lebih dari rm1.tapi benda ni ayah aku sendiri yang belanja aku main tikam ni hehe..sekali cabut 10sen.kadang dapat,kadang tak...tapi kira ok la..hiburan masa kat kampung dulu..tapi dah tua bangka ni aku tak la pulak dok menunggu kat depan kedai setiap petang rabu,sabtu dan ahad sambil memegang sehelai kertas putih!

No comments:

Post a Comment