Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Friday, May 7, 2010

Ep Bobby


ep bobby yang masih berkeadaan baik piring hitamnya tapi cover agak lusuh sedikit dek kerana tak balut pakai plastik..ni la jadinya..tak beringat nak kolek masa dulu..pakai main letak camtu aje berhabuk hehe..seperti mana kaset yang aku posting dulu, filem bobby ni ditayangkan pada tahun 1973 yang membawa revolusi terhadap filem bollywood pada masa itu.bagi yang sedang hangat berchentar pada masa tu,macam parents aku yang meminati hindustan,memang penuh sesak lah panggung masa tu kat rex muar dan segamat.sampai 3 kali masuk panggung tengok cerita ni!

barisan pelakon bobby ni adalah rishi kapoor dan dimple kapadia

cerita bobby ni mengisahkan kisah percintaan seorang lelaki bernama Raja..

dan seorang wanita bernama bobby..

raja ni anak kepada seorang hartawan,dan jatuh cinta kepada seorang gadis kepada penjual ikan yang miskin.mereka ditakdirkan jatuh cinta dan mendapat tentangan hebat dari kedua-dua pihak keluarga..biasalah kan, macam pipit dengan enggang..mana sama..kesudahannya?aku rasa tak perlulah aku cerita..semua dah tengok rasanya filem ni..tapi bagi generasi baru,dapatkan vcd cerita ni dan belajar moral apa yang ingin disampaikan dalam filem ni..

semoga menjadi orang yang berguna sebelum anda tua seperti mereka berdua ni kat atas hehe..

No comments:

Post a Comment