Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Friday, April 9, 2010

Bata Tapak Merah


hari ni terasa macam malas je nak buat kerja..barang2 pon belum amik gambar lagi. so posting ajelah gambar yang orang semua dah tau..contoh macam kasut bata tapak merah ni. masa zaman aku sekolah di JB ni, aku pernah pakai bermacam2 jenis kasut. diantaranya ialah aliph white shadow,pallas jazz, lagi 1 jenama sinaran yang aku tak dapat pakai(kalo tak silap yang ada reflector kat tepi) masa tu memang mengidam kasut sinaran ni. memang besar pengaruh iklan kat TV masa tu. dia tunjukkan kanak2 pergi sekolah di kala subuh hari,pastu ada lori suluh lampu,bersinar2 reflector kat kasut tu. punyalah aku merengek kat mak aku suruh beli kasut tu.untuk keselamatan kononnya..sekali pegi kedai,ha harga dia mak ai..hanya orang berada je merasai pakai kasut sinaran ni.mahal beb! apa kan daya..pakai jelah kasut badminton master yang tapak hijau tu. aku masih mencari gambar aku kat sekolah pakai kasut BM2000 tu. missing in action la..kalau ada nanti aku posting ya! tang bata tapak merah pulak,aku macam tak pernah jumpa. tu pasal aku macam berminat nak simpan kasut ni. bila tahun ia keluar ya? untuk info,sila rujuk ke http://mohdfitri.blogspot.com sebab dia lebih otai bab2 kasut ni..sebab setau aku,kat JB ni hanya ada yang tapak hijau sahaja..tak perasan pulak kalau ada murid2 lain pakai tapak merah atau biru..

No comments:

Post a Comment