Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Wednesday, April 14, 2010

Tabung Ayam


eh? tin sardin pon nak simpan jugak ke??

tapi ni bukan tin sardin biasa yang korang buat masak tu masa tinggal bujang kat rumah sewa..ini adalah tabung limited edition yang dikeluarkan sempena kemerdekaan 50 tahun pada tahun 2007. imej kartun dilukis oleh kartunis Dato' Lat jelas kelihatan di belakang tin tersebut..dengar cerita dari sumber2 yang TAK boleh dipercayai,benda ni diberikan percuma kepada kedai2 runcit sebagai gift oleh supplier..entah betul ke tak..

terdapat 2 versi tin sardin ni iaitu Sardines dan Mackerel..salah 1 tin ni diberikan oleh abg Dollah dan lagi 1 aku beli dari sorang mamat yang menjualnya kat lamaweb lelong tersohor di Malaya ni. aku hangin betul bila dapat tabung ni. Kemek jugak! ada ke si lahabau ni packing buta2 camtu aja? letak la bubble wrap ke,bungkus surat khabar ke, letak span ke..aku nak maki aja si lahabau kerbau ni,tapi nasib baik dia mintak maaf kat aku..aku siap terangkan cara2 nak post barang fragile kat dia..so nextime dia tak ulangi perlakuan lahabau nya tu di lain masa..tapi bila dah isi duit syilling kat tabung ni,camne nak kuarkan ya? sebab di bawah nya takde lubang atau penutup. ada 1 lobang je kat atas..jawabnya kene ompil jugak lah ya bila time2 terdesak heheh..

No comments:

Post a Comment