Monday, April 26, 2010
Mug Sungei Road
mug ini adalah keluaran brand rimau bawah pokok kelapa yang begitu anti sekali oleh abg dollah kite haha..yang menceritakan perihal sungei road atau thieves market yang terletak di temasek. sebab nya ia dipanggil pasar pencuri kerana,mengikut cerita yang diceritakan oleh nenek aku,pada masa dulu,jikalau barang anda hilang,contohnya kasut,maka pada hujung minggu, anda datang lah ke pasar pencuri ini.nescaya kasut anda yang hilang tu boleh dijumpai semula.kerana ia ditolak oleh pencuri kepada peniaga di situ.entahla ya boleh percaya ke tak cerita tu.tapi masuk akal juga.
warisan ini dipelihara oleh temasek untuk mempromosi salah satu pasar yang tertua di temasek. aku memang hampir setiap bulan pergi ke sungei road ni untuk mencari barang2 terpakai. kadang2 jumpa jackpot juga!harga pon boleh dengar lagi..tak macam harga di lamanweb lelong tersohor malaya ni..yang suka2 mak ayah dia je nak letak harga haha..jangan terasa pedas ya..biasa sang kolektor yang aku kenal tak macam tu..cuma si penglipur lara yang mengacau market antik je yang berbuat begitu ye tak?
Labels:
Mug
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment