Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Wednesday, April 14, 2010

Sesi Korek Mengorek 6

hari semakin panas..matahari telah berdiri tegak di atas kepala..raincoat masing2 sudah dibuka..aircond serena pon dah full blast..bahang mula terasa..namun kami tetap gagahi jua serena ke pekan seterusnya..nah,inilah dia rupa pekan koboi yang sedang membangun..

masa kami sampai tu pasar tani sudah mula hendak berkemas..pergi lah redah dari 1 kedai ke 1 kedai..tapi hampa jua harapan..makcik jual tonik chop gajah ada lah! takut aku nak beli..kang berkuasa seperti seekor gajah malam ni,sapa pulak aku nak tarah?? haha aku dah la bujang..jadi aku lupakan pasal jin & tonik tu, dan mulakan percarian baru.


eh apa tu? macam merah2 aje..ada tulisan sambung lagi..sah! memang coke! kami pon dok terngintai2 macam perampok.owhhh..rack botol coke rupanya..tapi bagus juga ya kalo wat display barang coke kat rumah tu. tak la bersepah kat atas lantai macam kat rumah aku! abg dollah pon bertanya kan pada si empunya kedai, tapi malang sebab store ditutup..kena datang kol 1 lebey baru dapat masuk store. itupon tak tau kalau diorang nak bagi..so kami pun meneruskan perjalanan. aku dan abg dollah dah give up. nak pergi balik ke serena. tapi aku mencadangkan untuk pergi ke sebelah sana,abg amik serena, aku pergi survey line. aku pon meronda2 ke kedai2 bertentangan.dari jauh aku nampak lagi benda merah2 ni..jangan iklan hotlink sudah! aku dengan abg dollah pernah terkena skali haha..ingatkan coke,rupanya hotlink daaa...lambat pulak abg dollah dan serena nya ni..macam tunggu serena anak chef wan pulak..aku dah target 1 benda ni..bila abg dollah sampai, aku pon ckp "bang,memang tak rugi pagi tadi hujan,memang rejeki abg. barang yang abg tunggu selama ni dah ada depan mata" abg dollah tersenyum kambeng,tak sabar nak melihat barang yang aku habaqkan..

tu diaaaa..sigbod plastik coke. yang menjadi pujaan abg dollah selama ni. dah berkali2 dia mintak signbod ni kat kedai taman daya JB. tapi owner tu macam mempermain2kan dia..cakap nanti kaler wall dah lain la,barang itu lu punya la,tapi smpai hari ni tak dapat2! kesian aku tengok abg dollah asik berulang alik ke kedainya..tapi hari ni! hajat abg dollah tercapai juga akhirnya..bukan 1, tapi 1 signbod! alhamdullillah..design lain2 pulak tu..yg lagi 1 tu aku punya la hehehe..

tu dia sila jaga kebersihan. aku dah ada pattern yang ni..so bagi lah kat abg dollah..supaya dia tak ngigau malam lagi lepas ni..hihik untuk aku? ni lah dia kat bawah..abg dollah siap pinjam pisau pembunuh aku sebab ia ditimpa oleh kaunter..ada payah sikit nak ompil..tapi cam biasa la..birjaya jugak

yang aku kelakar,tauke kedai ni nyonya takla tua sangat,tapi dia tak paham bahasa melayu,so ada anak2 dia yang jadi translator..tauke pon jenis tersipu2..so senanglah kerja aku..jadi bila dapat free signbod ni,aku pon macam biasa,memesan minuman..takla terus blah..sebab kite ni org melayu. adalah adab dan sopannya..tapi minum jelah walaupon ada sekor hanjeng kat kedai tu hehe..bila aku melabuhkan punggung yang karat ni,mata aku se-level dengan dapur dan aku terpandang 1 benda merah lagi..yahuiii!!
dengan pantas aku ke dapur dan membongkar segala gelas dan tray, sebab benda ni terletak kat bawah skali..tu diaaaa..barang dah keluar..

tray coke! dengan keadaan berdaki dan ada kesan puntung rokok. tapi aku bedal jugak! campak kat ahso tu rm10, dia pon tersipu2 amik duit aku..

malam tadi aku baru bersihkan tray yang berdaki ni..dah berkilat! tapi takyah la aku nk posting pic dah bersih kat sini..sebab tray ni memang berlambak kat tangan kolektor semua ye tak..to be continued..

No comments:

Post a Comment