kami berjalan kali ni bawah terik matahari..mengharapkan terjumpa lah barang2 yang rare..dan dari jauh,mata aku tertuju ke arah objek kaler hijau. botol! ni mesti mirinda cakap aku..sekali datang,bukan mirinda..kickapoo ada 4 crate dan botol dari pelbagai jenama..kami pon dok pilih2 botol yang kami takde..macam k****g botol lah aku ni,botol orang buang pon dia kutip bak kata bapak aku haha..apa boleh buat abah,dah minat..ni diantara botol2 yang kami kutip dan belum sempat cuci lagi..pepsi, green spot, sinalco, husna, hi spot, magnolia, a&w, kickapoo dan banyak lagi lah..
tengah sibuk2 pilih botol tu,datang seorang cina bawak motor dengan tong gas..dia tanya lu apa bikin sini?dan tugas itu diserahkan kepada abg dollah yang memang ada PhD dalam bidang lakonan hahah..pandai kau lah abg dollah kelentong..janji kita dapat barang haha..
masa abg dollah nak amik serena untuk mengutip botol tu, aku terpandang 1 objek yang terpahat di tepi tiang restoran yang nak kata bodoh, macam keterlaluan,tapi lebey kurang la..macamana signboard ni boleh diletak kat sini???
masa aku masuk tu,nyonya gemok tu tengah sedap je potong daging merah kaler pink yang tidak diketahui asal usul jenama apa daging tu hehe..abg dollah menggoreng skali lagi. rm10 lu angkat lah! terus aku tekup mulut haha masa aku pegi jonker walk,sign coke yg pudar macam tu pon diorang juai rm150! gila lah ek harga kedai dengan harga carik sendri..kalau yang elok nak tau berapa>? rm300 beb...mau dengan tak mau jelah kan..tepuk poket tengok tebal ke berabuk..aku pon duduk rilek sambil peratikan terdapat jam besar jenama davidoff yang masih elok tergantung kat bucu kedai..aku mintak rm20 boleh? ini ha? kurang2 pon rm100 wooo..amboi..mahal na!..kalau lu mau jugak,rm50 kasik angkat. tak apalah aunty,lu simpanlah..abg dollah kembali dengan van untuk mengumpil sign coke tadi..besar jugak paku dia aku tengok. tapi dengan ketangkasan abg dollah yang pernah merempit moto klasik 1 masa dulu,dengan mudah dia mengompil paku yang besar jari kelingking tu. ada 2 lagi item ada kat kedai simple ni..aku dah penat,suruh abg dollah je goreng. sekali abg dollah goreng bukan sembarangan, menu besar kat dinding atas tu pon dia goreng! hahaha..lantak kau la abg dollah..goreng jangan tak goreng! aku tengok abg dollah campak duit kat nyonya tu. geli agaknya nak bagi kat atas tangan nyonya tu bekas potong daging kaler pink tadi hehe..dan inilah hasilnya yang abg dollah bawak keluar dari kedai yang tak seberapa tu..
to be continued..
Monday, April 12, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ada rezeki tak ke mana....goreng pun sodap...
ReplyDeleteya betol tu.lepas ni ada sesi lain pulakk hehe
ReplyDelete