Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Tuesday, April 6, 2010

Tugu F&N


gambar ni diambil di kilang Fraser & Neave Ltd. Spore. yang duduk kat ats tugu tu ialah atuk aku sendiri. kilang ni pon kalau tak silap kat alexandra. nanti reconfirm dengan atuk aku. tarikh established nya F&N ni tertera 1883..memang banyak kenangan atuk aku dengan f&n ni. masa tahun 60an,mak aku cerita,air soda hanya dapat merasa pada hari raya sahaja. disebabkan atuk aku jadi personal driver kepada boss F&N ni, so masa hari raya beliau akan menghadiahkan ber crate2 air minuman f&n dan red lion pada atuk aku.so mak aku adik beradik dapatlah merasa air gas pada masa tu. tapi sayang nya mak aku tak simpan pulak botol2 red lion tu..kan bagus kalau meraka tahu harga market sekarang untuk botol dan signange red lion tu..aduiii..semuanya telah dihumban ke tong sampah haha..dan ada diagih2 kan pada orang2 kampung disitu. botol pendek spore-KL pon ada juga diberi pada hari perayaan. cerita atuk aku masa kilang ni ditutup,pekerja2 indonesia telah mengambil gelas2 f&n dan red lion di bilik pejabat dan store simpanan. dan mereka menjualnya pada pekerja f&n itu sendiri. dan atuk aku pon ada membelinya. dan akhirnya,jatuh ke tangan aku jua hehehe..Alhamdulillah..

No comments:

Post a Comment