Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Thursday, April 8, 2010

Botol Jam Starry


botol jam ni mak aku masih simpan dalam drawer kabinet dia.tapi jam nya aku dah bedal masa kecik2 dulu! haha..yang tinggal hanya bekas aje..botol jam ni mmg size mini.dalam lebih kurang 3inch aje.dan jam dalamnya pun ciputtt aje.tapi mak aku kawal penggunaan jam ni hehe..hanya dia sorang aje yg boleh sapukan atas roti aku pagi2 nak breakfast masa nak gi skolah tu. kalo aku yang pandai2 spread jam tu kat roti,haaa alamat memang nak kena jentik la tangan ni..teringat aku masa kecik2 dulu kalao aku mulut jahat dan sebut benda yang bukan2..lepas kena marah,terus aku masuk bilik. pastu dengar mak aku kat dapur kelentang kelentung. nak tau apa tak? dia pegi tumbuk cili dengan bawang. haaa..punyalah takut masa tu. dia tolak daun pintu bilik,terus dia tonyoh cili tu kat mulut aku! aduii punya lah piau rasa cili dengan bawang kat mulut..apalagi,melalak la aku hehe..aku selalu cerita kat adik aku kisah lama mak aku punya garang. skang ni mana ada lagi zaman2 camtu ye tak? kalo ada,mesti si ibu tu dah kena charge kes penderaan..tapi aku bersyukur sebab benda2 tu mengajar aku menjadi seorang insan yang namanya afzarizal hari ini..ok kembali kisah jam ni. ia dikilangkan di singapore. terdapat pelbagai perisa. tapi hanya 1 aja yang sempat diselamatkan oleh aku. yang lain dah tertanggal kertas pelekat kat atasnya tu. dan mak aku gunakan untuk menyimpan kolek butang2 dia. established pada 1960. dan jam ni memang popular pada zaman 70an di singapore dan johor

No comments:

Post a Comment