Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Thursday, April 15, 2010

Sesi Korek Mengorek (Final Chapter)

hari sudah mula kusam..matahari pun sudah menampakkan ciri2 nak terbenam..tapi kami berdua belum masih puas dengan barang yang dikumpulkan..masih dahaga terhadap barang2 lama bagaikan si janda yang kehausan di waktu malam heheh...apa susah,bukak icebox,minum la air..hilang dahaga..begitu juga kami yang ternampak 2 signbod kadbod f&n cantik je kat atas bumbung kedai runcit ni..memang sorang 1 la. tapi tinggi pulak.kena pakai tangga panjat ni. so aku pon suh abg dollah tanyakan apek kat sebelah kedai. "pek, itu signbod f&n siapa punya? lu punya ka?" "owhh itu tauke sebelah punya..belakang dia ada tanam munga. lu orang pegi lah cari dia kat belakang"
tapi aku dgn abg dollah malas nak pegi belakang. kang kene baling dengan cangkul baru padan muka aku haha..abg dollah masih berdiri di daun pintu. macam kanak2 yang datang beraya wat koleksyen hehe..malu2 gituk nak masuk rumah apek tu. mata aku dah ternampak dah benda yang aku nak. "masuk jelah bang..saya dah nampak dah ni.."

tu dia..kalian nampak tak signbod marlboro besar koboi tu? aku pun apalagi, try la mintak apek tu."oo0o0o ini tak boleh o0o0..kalau wa bagi lu,itu lobang macamana?" alamak..camne aku nak amik ni.."tak apa,lain kali lu bawak 1 zink, lu tampal itu lobang, wa bagi itu marlboro" ok lah apek boleh la..asalkan wa dapat itu marlboro..rupanya ada 2 lagi lobang yang ditampal dengan iklan marlboro yg semacam tu. kat dapur lagi best. ada metal sign marlboro yang dah berkarat sikit. dia buat tutup lobang jugak..ada 2 lagi. boleh aku berkongsi dgn abg dollah nanti. tapi syaratnya! apa syaratnya? syaratnya misti mau menyanyi..lagu apa? lagu samiah gamal ka? haha teringat dialog ali baba bujang lapok..entah sapa samiah gamal tu ntah..aku pon tak tau..
"wa ada banyak iklan rokok, lu orang mau ka?" sekali dia keluarkan berlambak2 signbod plastik rokok dari pelbagai jenama dan pelbagai tahun..ini lah yang sempat aku snap

winston


kent


winston 3d


salem 10;s


salem


Winston lagi

tak cukup dengan itu, apek tu makin peramah disebabkan kami berani mencampakkan duit kepadanya..memang happy dia dapat duit dari kami..mana ada barang free beb!
dan dari itu,dikeluarkan lagi benda2 ni..




tray minyak cap kapak pelbagai design ataupun benda ni dibuat sebagai gambar diatas kalender masa zaman dulu..tray metal ni masih lagi digunakan sampai hari ni..banyak terdapat kat kedai2 ubat cina..tapi paling kelakar aku jumpa kat jonker walk tray minyak cap kapak ni, ada amoi posing dengan kereta ferrari hahaha..macam takde kena mengena dengan minyak cap kapak!
"lu orang mari sini, wa ada banyak poster mahu bagi sama lu orang" wah makin mesra apek ni..pum! dia keluarkan poster2 lama rokok pelbagai jenama..ini diantara nya..sebab terlalu banyak yang dia bagi dan ada banyak yang aku tak amik pon..biarlah kolektor lain ambil saki baki yang tak bernilai ni..bukan ada harga pun poster2 ni..tapi aku saja nak simpan!





yang paling aku suka adalah poster merah ni. berlatarbelakang kaler merah hati, tulisannya hanya 40 years in malaysia, thank you. itu saja. takde brand atau label. tapi pada siapa yang perokok tegar, mesti tahu apakan brang poster ni..bagi yang tak tau,mesti menjadi tandatanya..apakah brand, atau apakah mesej yang ingin disampaikan..

"wa ada ini poster beer punya, sama ini kalendar. lu sudah kawen bulum? kalo lu belum kawen, nanti tak titon malam woo..lu mau ka"
"ah apek ni,wa belum kawen..tapi bagi ajalah" aku cakap..haha nah angkat2..cakap si apek..


yang kalender ni aku tak perlu lah nak snap detail gambar di dalamnya ya! kang dengan korang2 tak tido malam haha..bak kate apek tu lah..tapi bagi aku, aku letak kat dalam toilet je poster atau kalender yang camni..baru leh tido malam dengan nyenyaknya..takla dia mengganggu dalam bilik..hahahaha kalender ni adalah dari brand rokok L.A Lights tahun 2004..sebab ia tak dijual..hanya diberi pada peruncit sahaja..

"pek, lu ada tin rokok tak?" " ada2, nah lu ambik" dia terus campak bertin2 bekas rokok..nah ashtray ni pon lu angkat! dia main campak aje..apalagi abg dollah si kolektor barang rokok,dengan pantas mengauttt..


sampaikan ashtray yang apek tu tengah pakai pun abg dollah kauttt..haha kaut jangan tak kaut bang..sebab aku ni kurang sikit nak kolek barang2 rokok..sebab rokok tu kan membahayakan kesihatan? bak kata kerajaan malaysia la..bukan aku cakap

"cakap pasal rokok ha,wa ingat wa ada simpan 1 jam rokok,lu ikut wa pegi itu dapur"

jam ni memang jadi pojaan abg dollah..aku pon takla nak amik sangat,..so bagi jelah kat abg dollah.."tapi ada lagi 1 wa simpan kat tingkat atas, lu mari ikut wa" aku dengan selambanya ikut apek tu naik kat atas. dengan tak sabarnya nak tengok jam apa lagi yang nak dikeluarkan..1-1 barang apek tu baru teringat yang dia ada simpan. kalao kami tak datang, memang dia pun tak ingat..tu dia barang yang dikeluarkan di tingkat atas..


aku dari atas jerit, "bang sini tengok barnag yang abg idam2 kan selama ni.."
memang abg dollah pernah ingin membeli jam ni di simpang renggam dengan si penjual Wak Kacang Boleh. tapi wak tu tanak jual. bedebah punya wak,macam rare sangat jam ni. aku boleh dapat free2 ajela..haha abg dollah tersenyum puas menatap jam dunhill ni dan sehala itu dia memberikan aku jam dunhill yang comel tadi..boleh la..bukan senang dapat benda2 macam ni..apa orang bagi,aku amik..

"ini ala satu poster lagi manyak lama tahun 80an..sikalang sudah talak ada lagi..lu mau?"


aku tak pasti siapa rider ni..tapi yang penting memang lama poster ni..material kadbod,siap dengan frame kayu lagi..tapi dah pecah sikit kayunya..aku angkut!!!

masa abg dollah tengah sibuk melayan apek tu,aku pon curi2 masuk bilik anak dia..rupanya tempat bini dia sidai baju..di celah2 spender nyonya tu,serius memang aku selak spender nyonya yang tengah bergantungan. tanya abg dollah,aku bukan mereka2 cerita..haha sebab nak amik benda ni..

susu tarik!!! brand milkmaid..atau susu cap junjung

memang ini yang dicari dari pagi tadi..walaupun tak dapat milo tarik,susu tarik pon jadi lah..

masih dalam keadaan 100%. tersimpan elok dalam plastik original lagi..memang kami bersyukur dapat benda yang tak seberapa ni..boelh kami buat gantung dirumah..memang cantik dan tak berkarat macam bak sesetengah benda tarik yang lain tuu..

aku ternampak 1 benda yg berwarna merah menyala..bukan coke,atau hotlink, tapi benda ni..

mug nescafe ulangtahun ke 70..yeehaa! gelas yang diidamkan sejak dulu lagi..akhirnya dapat jugak aku..bak kata abg dollah,selagi ada date diatasnya,kebas aje..

kat muntut mug ni terdapat since 1938

kami dihidangkan dengan air botol 100plus yang diberikan percuma..memang baik betul apek ni..dah anggap kami macam sedara..dalam masa duduk2 tu,aku ternampak kat dinding ada 1 almari display comel melekat. apek tu buat simpan vcd anak2 dia.."pek ini peti jual ka?" "50 boleh?" "30 wa angkat" dengan pantas apek tu mengeluarkan vcd lama anaknya dan isi dalam kotak. terus dia amik spanar membukak almari display jati tu..

yang belah kiri tu lah almari display melekat kat dinding..bersusun jugak gelas2 antik kat rumah aku bersepah kat atas lantai tu hehehe..

setelah membasahkan tekak dengan air free yang apek tu belanja,barang2 pun dimasukkan di dalam serena chef wan..dan kami pun beredar mencari tempat kedamaian untuk bermunajat kepada yang Satu..dan pulang ke rumah masing2 seiring dengan jam yang menunjukkan pukul 10 malam...dan ini lah diantara gambar2 selepas barang2 dikeluarkan dari van serena chef wan..







maka dengan itu,berakhirlah sesi korek mengorek kali ni yang memenatkan..semuga kawan2 blogger mendapat sedikit ilmu yang ingin aku kongsi bersama untuk digunapakai dalam arena pencarian barang2 lama ni..enjoy!

2 comments:

  1. ni lah untungnya kalao pergi berdua..rejeki bertambah2..sikit sama dirasa,banyak sama dilapah haha

    ReplyDelete