perjalanan diteruskan ke kedai sebelah..macam kedai jahit.tapi hidup mau mati segan je haha..kami di attend oleh seorang nyonya tua selepas abg dollah terpandang sign plastik rokok lama..terus dibawa keluar dalam rak tersebut. abg dollah tanya,ini bagi free kat wa ka? terus nyonya tu macam nak simpan balik iklan tu haha..gelak aku tengok abg dollah. ini ha orang ipoh pon wa juai rm20 tau! orang ipoh lagi..hmmm musykil lah aku siapakah gerangan orang ipoh yang datang ni? fitri ka? azhar ka?lop ka? masa abg dollah tengah sembang2 dgn nyonya tu,aku pon cam biasa la pegi melilau bongkar barang. terjumpa lah kabinet mini untuk display jati..siap dengan kaca tebal memang antik dan barang yang aku cari selama ni..aunty! ini bbarang berapa? owh ini lama punyaaa..ada mahal sikit. yelaaa mahal tu berapa? aku dan abg dollah tanya. masing2 menunggu jawapan yang tersembul dari mulut nyonya tua tu. dia bertanyakan kat anak dia, ok lah lu angkat rm30. haaaaa!! tekejut aku dgn abg dollah haha..sign bodoh camtu pon dia jual rm20! ini almari display jati dia jual rm30 aje..aku terus seluk poket keluarkan duit. ok aunty boleh kemas itu barang2 dalam almari ni
aku tanya berapa semua dengan ini rokok? rm50 la cakap aunty tu. wa sudah tua,kasik la rm50..eh eh aunty ni,demand plak..wa kasik lu rm40 sudah. dengan pantas aku angkut almari comel ni ke dalam serena..
to be continued..
Monday, April 12, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment