Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Monday, April 12, 2010

Sesi Korek Mengorek

Tanggal 10 april yang lepas, aku dan abang dollah bercadang untuk mengadakan sesi korek mengorek. haa?? hehe apalagi..barang2 lama lah yang dok tertanam di kawasan selatan malaya ni..Johor Darul Ta'zim. jadi pagi2 lagi aku dah bangun seawal 6am menunaikan solat subuh dan berdoa agar impian kami jadi kenyataan..sebab banyak barang yang diidamkan oleh abg dollah sendiri yang naik panas dengan harga market sekarang yang tak masuk dek akal! ahaha..sabar ye bang. selagi saya ada,mari kita cari barang bersama2. aku meletakkan motor aku kat rumah abg dollah dan kami bergerak menaiki van serena kepunyaan abg dollah. pada mulanya nak bawak kereta aku, tapi disebabkan oleh kondisi kereta aku yang lowered gilos, dan pemikiran abg dollah yang waras,kami bercadang untuk bawak van sahaja. semua kelengkapan siap dibawa,tangga,pemutar skru bajet rendah,dan pisau the killer aku, itu yang penting. walaupun kami terlupa bawa martol,itu tidak mematahkan semangat kami. perjalanan diteruskan dengan iringan hujan renyai2 yang makin merumitkan keadaan untuk mencari barang2 yang kami cari. bila sampai ditempat yang dituju, perutku semakin lapar. tapi abg dollah bersemangat untuk mencari barang. sudah beberapa kedai yang kami masuk,tapi semua tidak dilayan. sampaikan aku mintak poster minah salleh dok posing pakai bikini carlsberg pon tidak dilayan oleh apek cilake tu haha..mintak signboard PALLAS DIJUAL DISINI pon tak dapat! aku cakap dgn abg dollah,kita makan dulu lah bang. dengan hujan lebat yang mencurah,kami melabuhkan punggung menikmati roti canai yang sedap beb huhuhu..kami meneruskan perjalanan. wah! aku ternampak signboard tin rokok MORE tergantung diluar kedai. keadaan berkarat,tapi masih jelas perkataan dia MENTHOL. apalagi, aku pon borak lah la dgn owner kedai motor kat sebelah tu,dia buat dekkk je..apalagi abg dollah terus panjat busut untuk mencapai signboard tu..

tu dia gambar abg dollah yang tidak kesampaian untuk mencapai signboard more tu. tapi dia tetap bersemangat untuk mengumpil paku yang tertanam dalam kayu tu..melihat kepayahan abg dollah tertenjet2,aku pon mengerahkan tulang 4 kerat ni dengan naik atas tong minyak,dengan bantuan martol,terus ompil haha..abg dollah sambut di bawah..sukses!

kami return balik ke kedai yang kami pergi pagi tadi. mungkin mood tauke tu dah ok agaknya..yelah,pagi2 datang,mintak free je...mana cina nak bagi! mesti lah diaorang nak untung masyuk dulu..baru boleh mereka keluar barang..aku singgah di kedai cina yang namanya atan. ternampak pulak tin sign terselit di belakang susunan air kotak. aku pon geledah la. buat macam rumah sendiri hehe..abg dollah meneruskan misi ke kedai sebelah, tak tau la apa yang dia goreng hehe..sekali bila aku tarik je sign tu,waaa...amoi tengah pegang gelas guiness stout! tahun 1980an ni. aku tanya bole bagi aku tak>? atan cakap ini lama punya mana boleh bagi suka2..aku pon gamble campak duit. ok wa bagi lu rm15. mau? ok la kasik angkat.

tu dia amoi yg kononnya cun la pada masa tu..malam ni ingat nak tido sama ini amoi lah..bak kate dato chua hehe..aku pon ternampak calender cardboard lama 7up. tapi dipenuhi paku dan stapler. dan diselak dengan penahan kayu. adush camne aku nak cabut benda ni. aku tanya ini berapa? dia kate rm15 jugak. ok la tauke, wa angkat. terus dia bagi aku pembuka staples.umpil semua. dan playar sekali dia bagi.cabut semua paku. naik berpeluh aku dibuatnya. tapi harapan hampa. sebab masih tersangkut dengan penahan kayu tu..tak apalah mungkin bukan rejeki aku..

lagi apa lu mau?kejap hoo wa ada ini barang. sekali dia selak antara susunan tin,pehhh iklan plastik red lion!

ini rm15 juga.ini banyak susah dapat. dulu ada orang ipon mau angkat,tapi wa tatak juai..siapalah gerangan orang ipoh tu ya yg pernah datang ke johor ni? hehe..aku terus cakap rm10 wa angkat.ok lah cincai2 lah rm10. masukkk beg plastik aku..huhu ada lagi barang,ini tahun 1987 lu mau?

wah calendar tin lagi! ok amik aje aku cakap dgn abg dollah..pastu nampak lagi calendar lama tahun 2003..abg dollah sapu jugakkk..tanpa melepaskan peluang

wa ada 1 jam lama lu mau? wa dulu juai sama orang muar rm300. tapi wa sayang la..kalau lu mau, rm250 kasik angkat lah. ok bawak la keluar itu barang..

tu dia jam kunci yang tak berapa nak lama hehe..abg dollah pon offer rm180. wah lu gila ka rm180! wa sayang woo in i barang. kalau lu mau 250! kami pon buat bodoh dengan tawaran apek ni..dan mata aku pon melilau cari barang lain..ini diantara keadaan kat rumah atan tu..layannn





masa kami berlegar2 depan kedai atan,dia panggil masuk lagi. wa ada lagi barang mau juai..ha setengan dozen dia nak tolak bekas tin rokok gudang garam..apalagi,abg dollah memang kolek rokok,di sapunya semua tanpa meninggalkan jejak untuk kolektor lain haha..

to be continued..

No comments:

Post a Comment