Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Tuesday, April 27, 2010

Diamond Brand Ibu dan Anak


jam yang ni ada ceritanya..terdapat 2 size yang berbeza. kira macam ubat batuk cap ibu dan anak la yang tak boleh dipisahkan..mengikut sumber yang TAK boleh dipercayai,jam ni sebenarnya terdapat 3 size.ibu,anak dan cucu.ada lagi kecik dari si anak tu.dan aku pernah nampak jam kecik tu tergantung kat dapur rumah seorang kolektor yang dah pencen kat JB ni.tapi tak sempat nak snap gambar.sebab kalo amik gambar,rupa bentuk nya sama aja.unless jika digandingkan antara 1 sama lain,barulah nampak perbezaan dari segi saiz nya..
jam yang besar tu aku dapat dari seorang saudagar kat pasar karat Jb yang menjual barang2 antik.kira ada nama jugak lah si saudagar seorang ni. dia bukak harga rm150. tawar punya tawar,dapat la aku rm120. kira mahal ke murah ya kawan2? sila ikuti kisah selanjutnya di bawah..
bila abg dollah memberi info tentang kewujudan jam anak ni,aku pon teringat yang aku pernah terpandang di area Batu pahat. so keesokan harinya aku pun bergegas ke BP dan berjaya mendapatkan jam anak ni. rm35 aja! maaflah para blogger aku state kan harganya disini. bukan untuk mengganggu harga market,tapi itulah hakikatnya..bila kita beli barang pada tangan kolektor,dan harga barang yang kita cari sendiri. memang berbeza bak langit dan bumi..kedua2 jam ni masih berkeadaan baik dan menggunakan kuasa elektrik. so bila takde current tu,jam ni tak dapat berfungsi!
baru2 ni bila aku pergi pasar karat JB,nak tau tak berapa harga jam si ibu ni? rm200 beb! aku gelak besar dengar dengan selamba je penjual tu bukak harga hahahaha..si bodoh mana la yang nak beli jam sebegitu harga..kahkahkah

2 comments:

  1. saudagar zal..! jam tu ada 4 jenis satu bapak nya..! tapi muka dalam lain daripda card board brand yg sama tu pasai pangil bapak ! itu induk dan ada cicit nya..lagi kecil drpd hang pnya..itu boleh di katogerikan spisis jarang2 jumpa tp mmg ada..

    ReplyDelete
  2. ya betul tu cek is. saya dah jumpa yang bapak. tapi orang tu taknak jual pulak.gambar akan di update nanti.sebab tinggi sangat nak amik gambar hehe..dia memang tak jual.yg cicit pon ada jumpa.tapi biasalah..bajet tak cukup nak offer.harga dia mahai sgt!

    ReplyDelete